for Journals by Title or ISSN
for Articles by Keywords
help

Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia   (Total: 11 journals)   [Sort by number of followers]

Showing 1 - 11 of 11 Journals sorted alphabetically
3L : Language, Linguistics, Literature     Open Access   (Followers: 28, SJR: 0.251, CiteScore: 0)
Akademika : J. of Southeast Asia Social Sciences and Humanities     Open Access   (Followers: 7)
Asia-Pacific J. of Information Technology and Multimedia     Open Access   (Followers: 1)
Asian J. of Accounting and Governance     Open Access   (Followers: 3)
GEMA Online® J. of Language Studies     Open Access   (Followers: 1, SJR: 0.306, CiteScore: 1)
Islamiyyat : The Intl. J. of Islamic Studies     Open Access   (Followers: 1)
J. of Surgical Academia     Open Access   (Followers: 1)
Jurnal Ekonomi Malaysia     Open Access   (Followers: 5, SJR: 0.184, CiteScore: 0)
Jurnal Hadhari : An Intl. J.     Open Access   (Followers: 2)
Jurnal Melayu     Open Access   (Followers: 2)
Jurnal Pendidikan Malaysia     Open Access   (Followers: 1)
Journal Cover
Jurnal Hadhari : An International Journal
Number of Followers: 2  

  This is an Open Access Journal Open Access journal
ISSN (Print) 1985-6830
Published by Universiti Kebangsaan Malaysia Homepage  [11 journals]
  • ANALYSIS ON LOGIC IN MI‛YAR AL-‛ILM FI FANN AL-MANTIQ (Analisis Mantik
           dalam Mi‛yar al-‛Ilm fī Fann al-Mantiq)

    • Authors: Yaman Tawpek, Kamaruddin Salleh
      Pages: 177 - 191
      Abstract: ABSTRACT
      Mi‛yar al-‛Ilm fī Fann al-Mantiq of al-Ghazalī is the first book on Islamic logic. But a specific, comprehensive and exclusive study on its essence of the scientific contents and its importance in developing scientific thinking has never been done yet. Therefore, this study investigated qualitatively the background of Mi‛yar and its contents using content analysis. In this study, the data which were collected using documentation method has been analyzed using the inductive, deductive and comparative methods. The process of analysis on logic in Mi‛yaralso been done using textual analysis method or textual content analysis method. This is because it is textual study. This study found that the theories, methods and thoughts on logic in Mi‛yar have several similarities and differences with the logic of Aristotle. This study also found that many reforms, improvements, purifications and reconciliations have been made in Mi‛yar which uplifted the theories on logic in Mi‛yar as the theories of Islamic logic. In addition, this study found that the examples of logic application in Mi‛yar are highly relevant to the life of a Muslim. Mi‛yar should be a basic source of learning on logic and thinking methods of Muslims either in secondary schools or universities. Hence the constant and deep study on the content of Mi‛yar is very significant and has high impact. But the dissemination of the output of this the next action that should be realized. ABSTRAK
      Mi‛yar al-‛Ilm fī Fann al-Mantiq karangan al-Ghazalī merupakan kitab mantik Islam yang pertama. Begitu pun, kajian secara spesifik, komprehensif dan eksklusif tentang inti pati kandungan saintifiknya dan kepentingannya dalam mengembangkan pemikiran saintifik belum pernah dilakukan. Justeru kajian ini menyelidiki latar belakang Mi‛yār dan kandungannya. Kajian kualitatif ini menggunakan metode analisis kandungan. Data yang dikumpul menggunakan metode dokumentasi telah dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan perbandingan. Proses penganalisisan mantik dalam Mi‛yar pula dilakukan menggunakan metode analisis teks atau metode analisis kandungan teks. Hal ini kerana kajian ini merupakan kajian tekstual. Kajian ini mendapati bahawa teori-teori, kaedah-kaedah dan pemikiran mantik dalam Mi‛yar ada persamaan dan perbezaan dengan mantik Aristotle. Kajian ini juga menemui banyak pembaharuan, penambahbaikan, pemurnian dan penyesuaian dalam Mi‛yar
      sehingga mengangkat teori mantik dalam Mi‛yār sebagai teori mantik Islam. Selain daripada itu, kajian ini mendapati bahawa contoh-contoh aplikasi mantik dalam Mi‛yar adalah sangat relevan dengan kehidupan seorang Islam. Tegasnya, Mi‛yar patut menjadi sumber asasi pembelajaran ilmu mantik dan kaedah berfikir bagi umat Islam sama ada pada peringkat sekolah menengah atau universiti. Justeru kajian yang berterusan dan mendalam terhadap kandungan Mi‛yār adalah amat signifikan dan berimpak tinggi. Begitupun penyebarluasan hasil kajian tersebut adalah tindakan seterusnya yang patut direalisasikan. 
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • HAK DAN PERLINDUNGAN PELARIAN MUSLIM FILIPINA MENURUT SYARIAH DAN
           UNDANG-UNDANG MALAYSIA: KAJIAN DI NEGERI SABAH (Rights and Protection of
           Muslim Philippines Refugees According to Islamic Law and Malaysian Law: A
           Study in Sabah)

    • Authors: Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, Ibnor Azli Ibrahim
      Pages: 193 - 206
      Abstract: ABSTRAK
      Migrasi pelarian Muslim Filipina ke Sabah telah direkodkan berlaku pada awal tahun 1970-an. Sehingga kini, kewujudan mereka telah memberikan pelbagai impak sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial dan keselamatan negeri Sabah. Walaupun kewujudan mereka dominan memberikan impak negatif, namun dari suatu sudut mereka merupakan golongan yang terdedah kepada ancaman bahaya yang memerlukan kepada perlindungan. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis hak dan perlindungan terhadap golongan pelarian. Hak dan perlindungan tersebut dibahaskan dari aspek undang-undang dan praktik Malaysia serta dibandingkan dengan syariah Islam. Hak dan perlindungan yang ditumpukan adalah hak mendapatkan perlindungan suaka, hak tidak dihantar pulang (nonrefoulement), hak tidak didiskriminasikan dan hak pendidikan kanak-kanak pelarian. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan metode kepustakaan melalui instrumen analisa dokumen. Dapatan menunjukkan hak dan perlindungan golongan pelarian Filipina Muslim di Sabah masih kabur dan tidak menepati piawaian undang-undang antarabangsa dan syariah Islam. Golongan tersebut masih berada di persimpangan dalam mendapatkan kelangsungan hidup yang lebih baik dan terjamin. Diharapkan makalah ini dapat memberikan garis panduan kepada penggubal dasar sesebuah negara Islam dalam berdepan dengan golongan pelarian antarabangsa yang majoritinya melibatkan orang-orang Islam.ABSTRACT
      The migration of Muslim Philippines refugees to Sabah was recorded in early 1970. Until these days, their presence has effected the economy, social and the safety of Sabah. Even though they have brought more negative impacts to Sabah, yet they are still a group of people who exposed to the risks and require a proper protection. Therefore, the aim of this study is to analyze their rights and protection. It will be debated from the Malaysian Law and its practice and will be compared to the Islamic law. The focus is to acquire the rights in term of refuge, non-refoulement, non-discrimination and the education required for their child. This qualitative study was using a library method through analyzation of document instrument. Results showed that the rights and protection for the Muslim Philippines refugees in Sabah were not easily defined and did not reach the standard of the international legal philosophy and the outlined by Islam. Thus, they are still in conflicts to determine out a more honest life. With this paperwork, it will deliver an outline to the policy maker of an Islamic state to ensure the international refugees which involving mostly Muslims.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • SUMBANGAN DAN PERANAN SHAYKH SHAMS AL-DIN AL-SUMATERA’I TERHADAP
           PERKEMBANGAN ISLAM DI NUSANTARA (The Contribution and Role of Shaykh Shams
           al-Din al-Sumatera’i to the Development of Islam in Malay Archipelago)

    • Authors: Mohd Haidar Kamarzaman
      Pages: 207 - 221
      Abstract: ABSTRAK
      Aceh merupakan pusat penyebaran Islam terbesar di Nusantara sesudah kejatuhan kerajaan Melaka pada 1511 Masihi. Ini kerana Aceh menjadi pusat tumpuan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan di antara beberapa negara Islam di Timur Tengah dengan kepulauan Nusantara. Di antara ulama yang memainkan peranan utama dalam menyebarkan dakwah Islam adalah Shaykh Shams alDīn al-Sumaterā’ī. Beliau telah menjadi QāÌī Mālik al-‘Ādil di sepanjang tiga pemerintahan Sultan di Aceh. Makalah ini menfokuskan untuk meneliti sumbangan dan peranan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī dalam perkembangan Islam di Nusantara. Kajian ini menggunakan metode yang merangkumi pengumpulan data, analisis kandungan, analisis berasaskan sejarah, analisis perbandingan, dan metode induktif dan deduktif. Kajian ini menunjukkan bahawa Shaykh Shams al-Dīn alSumaterā’ī berjaya menyebarkan dakwah Islamnya melalui kedudukan politiknya dan juga karya-karyanya. Di antara sumbangan Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaterā’ī terhadap dakwah Islam adalah merangkumi dua dimensi asas Islam iaitu akidah dan tasawwuf sama ada kepada masyarakat Nusantara mahupun negara yang berada di luar kepulauan Nusantara.ABSTRACT
      Aceh was the largest Islamic propagation center in Malay Archipelago after the fall of Malacca in 1511 AD. This was because Aceh had become the focal point of international trade that linked between some Muslim countries in the Middle East with the Malay Archipelago. Among the scholars who played a major role in spreading the message of Islam was Shaykh Shams al-Din al-Sumaterā’ī. He had been a QāÌī Mālik al-‛Ādil during the reign of the three Sultans of Aceh. This study focused on examining the contribution and role of Shaykh Shams al-Din al-Sumaterā’ī in the development of Islam in the Malay Archipelago. This study uses several methods which includes data collection, content analysis, historybased analysis, comparative analysis, and inductive and deductive methods.This study showed that Shaykh Shams al-Din al-Sumaterā’ī successfully propagated Islam through his political position and his works. Among the contributions of Shaykh Shams al-Din al-Sumaterā’ī is comprised of two basic dimensions, which is Theology and Sufism, disseminated either to the communities in Malay Archipelago or in other countries.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • KEDUDUKAN MIRZA GHULAM AHMAD DALAM TAFSIR AHMADIYAH QADIANI 'THE HOLY
           QURAN ARABIC TEXT WITH ENDLISH TRANSLATION & SHORT COMMENTARY' (The
           Position of Mirza Ghulam Ahmad in the Ahmadiyya Commentaries 'The
           

    • Authors: Andi Putra Ishak, Mustaffa Abdullah
      Pages: 223 - 237
      Abstract: ABSTRAKJema'at Ahmadiyah (Ahmadyyah Muslim Comunity) dikenali sebagai satu kumpulan sesat, kerana dianngap menyeleweng daripada akidah islam sebenar, khususnyadalam permasalahan konsep kenabian. Walau bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui kedudukan Mirza Ghulam Ahmad dalam tafsir Ahmadiyah sebagai punca penyelewengan tersebut terus berkelanjutan. Oleh kerana itu, makalah ini bertujuan untuk menganalisis buku tafsir The Holy Quran Arabic Text With English Translation & Short Commentary karya Mirza Bashiruddin mahmud Ahmad. Makalah ini menggunakan metodologi analissi kandungan iaitu tertumpu kepada karya tafsir di atas dan karya ulama Islam yang lain bagi proses analisis. Didapatibahawa buku tafsir tersebut memiliki kelemahan daripada sudut metodologidan kandungan. Bashirudintidak mengikutikaedah pentafsiran yang betul, sehingga berlaku pentafsiran yang salah. Dari sudut kandungan banyak berlakupenyelewengan, akibat pemujaanyang melampau terhadap pengasas Jema'at Ahmadiyah.ABSTRACTThe Ahmadiyya Muslim Community is a group that has deviated from the creed ot the true Islamic faith, particularly in regards to the matter of the prophecy of Mirza Ghulam Ahmad. However, many do not know the position of Mirza GhulamAhmad in the Ahmadiyya Commentaries and this is ignorrance allows the abuses to continue. Therefore, the article based on research aims to analyses the commentaries ot the text 'The Holy Quran Arabic Text With Translation & Short Commentary" by Mirza Bashiruddin Mahmood Ahmad. This paper uses the methodology of content analysis, the study focused on the above commentaries and the works of other Islamic scholars for analysis process. It was found that the commentaries has weakness in term of methodology and content.Bashiruddin did not follow the proper methods of interpretation, such as that the interpretation was wrong. From the content point of many irregularities, due to the extreme glorification ot the founder of Ahmadyya Muslim Community.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • حق بناء المعابد لغير المسلمين في ماليزيا
           (The Right for Non-Muslim to Build Worship Centeres in Malaysia)

    • Authors: Muhammad Yosef Niteh, Aminudin Abdul Latif Samian
      Pages: 239 - 259
      Abstract: ABSTRAK
      Makalah ini membincangkan berkenaan hukum pembinaan tempat ibadah bagi masyarakat bukan Islam dalam negara Islam khususnya di Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. Permasalahan ini menimbulkan rasa gusar dan sensitif dalam negara memandangkan Malaysia menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan dan penduduk asal adalah dari kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam. Justeru, adalah penting diketengahkan hukum-hakam dan pandangan para ulamak bagi mendapatkan pendapat yang benar dalam menangani permasalahan ini. Untuk mendapatkan penjelasan berkenaan maka kaedah kajian kualitatif digunakan menerusi analisis dokumen. Pandangan para fuqaha dirujuk dan dianalisis disamping meneliti karya-karya ilmiah dalam isu berkaitan. Sumber utama syariah iaitu al-Quran dan al-Sunnah juga dirujuk. Hasil kajian mendapati, Malaysia yang merupakan negara asal milik kaum Melayu sebelum itu telah dijajah oleh British. Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya pada tahun 1957 adalah sebuah negara yang bebas. Kajian juga membuktikan Masyarakat bukan Islam tidak dibenarkan membina tempat-tempat ibadah mereka yang menyalahi dengan peraturan dan undang-undang Syariah. Tetapi keadaan adalah berbeza di Malaysia, di mana orang bukan Islam adalah sebahagian daripada penduduk, mereka harus dibenarkan untuk membina kuil peribadi mereka dalam rangka untuk mendapatkan perpaduan dan keamanan.ABSTRACT
      This article is on a build temples to non-Muslims in the Islamic countries, particularly in Malaysia, which consists of multiple races and different religions, particularly since the land was historically a Malaysia race features Malay Muslims, this country's sensation occurs which is the religion of Islam is the official religion in addition to the large proportion of the population is Muslims malay, so it is necessary to disclose and describe the views of scholars on this issue for the right problem for the confused community, This study employed the inductive approach by extrapolating the views of fuqaha’ and scholars and authors related this with reference to syariah evidence from the Quraan and Sunnah, and the search ended as Malaysia an Islamic State and its property of sweat features Malay is colonization by Britain and then independence in 1957 and has been a Absolute justice, and justice never it is not permissible for non-Muslims to make any type of temples and churches in violation of Islamic law. But the situation is different in Malaysia, where non-Muslims are part of the population and should be allowed them to build their private temples in order to get the unity and peace.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • PEMULIHAN AKHLAK DI PUSAT PERLINDUNGAN WANITA: KAJIAN DI BAITUL EHSAN DAN
           DAR ASSAADAH (Moral Rehabilitation in Woman’s Shelter: A Study at Baitul
           Ehsan and Dar Assaadah)

    • Authors: Nurul Husna Mansor, khairul Hamimah Mohammad Jodi, Raihanah Abdullah
      Pages: 261 - 274
      Abstract: ABSTRAK
      Dalam konteks Malaysia, masyarakat kini sememangnya sedang bergelut dengan masalah keruntuhan akhlak yang begitu membimbangkan khususnya membabitkan golongan remaja, antaranya masalah kehamilan luar nikah. Hakikatnya, perbincangan mengenai topik akhlak telah mengisi hampir satu pertiga daripada kandungan alQuran. Selain itu, matlamat Nabi Muhammad SAW diutuskan juga adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Bertitik tolak dari kesedaran pelbagai pihak terhadap keutamaan akhlak sebagaimana yang ditekankan oleh Islam, maka usaha-usaha pemulihan akhlak kini giat dijalankan. Pusat perlindungan wanita menjadi antara institusi penting yang diwujudkan secara khusus bagi menjalankan proses pemulihan akhlak remaja bermasalah, sebagai contoh pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan (BES) dan Kompleks Dar Assaadah (KDS). Justeru, satu kajian dijalankan bagi melihat sejauh manakah kedua-dua pusat perlindungan ini komited dalam menjalankan usaha-usaha pemulihan akhlak remaja bermasalah. Kajian kualitatif ini menggunakan beberapa teknik pengumpulan data iaitu dokumentasi, pemerhatian serta temu bual ke atas 6 orang kakitangan dari kedua-dua pusat perlindungan tersebut. Hasil kajian mendapati BES dan KDS memanfaatkan tempoh perlindungan pelatih dengan mewujudkan beberapa platform penting bagi tujuan pemulihan akhlak iaitu penganjuran kelas pemantapan ilmu agama dan kemahiran, pelaksanaan aktiviti berbentuk kerohanian dan ketahanan fizikal serta penguatkuasaan peraturan. Ringkasnya, kajian juga mendapati kesemua platform yang digunakan selari dengan konsep penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs) sebagaimana yang disarankan oleh Islam bagi tujuan memperbaiki akhlak manusia ke arah yang lebih baik.ABSTRACT
      In Malaysia, the society is suffering with critical moral issues involving teenagers, some of it is unwed pregnancy. In reality, the discussion of moral aspects consumed one third in the content of Holy Quran. Other that, the objective of Prophet Muhammad’s envoy is to repair people’s moral. By the consciousness of everyone for moral importance as emphasized in Islam, so the efforts of moral rehabilitation is widely executed. Women shelter has became one of important institutions created specifically to run the process of rehabilitation of problematic teenagers such as women shelter Baitul Ehsan (BES) and Kompleks Dar Assaadah (KDS). Thus, a study has been done to investigate how far both these institutions being committed in rehabilitating problematic teenagers. This qualitative research used few techniques of data collection that is documentations, surveys and interviews to 6 staffs from both shelter homes. The results obtained showed BES and KDS benefit the protection period of the participants by creating few platforms for moral rehabilitations such as organizing religion stabilization class and skills, religious activities and physical defense along side with law enforcement. In simple words, research shows that all platforms used aligned with concept of soul cleanse (tazkiyat al-nafs) as recommended by Islam to repair human moral towards the better level.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • TEORI MASLOW DAN KAITANNYA DENGAN KEHIDUPAN MUSLIM (Maslow’s Theory and
           its Relation to Muslim’s Life)

    • Authors: Nor Nazimi Mohd Mustaffa, Jaffary Awang, Aminudin
      Pages: 275 - 285
      Abstract: ABSTRAK
      Teori Maslow mempunyai pengaruh yang luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia baik dari segi falsafah, agama, psikologi dan juga pendidikan. Teori Maslow mengemukakan lima tahap keperluan yang perlu dipenuhi oleh manusia untuk mencapai kesempurnaan hidup. Namun begitu, teori ini mempunyai kelemahan dari dari sudut ketuhanan, yang mana unsur ketuhanan menjadi unsur paling utama dalam kehidupan seorang Muslim. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk membincangkan teori Maslow dan kaitannya dengan kehidupan Muslim. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan metodologi analisa dokumen dan kajian ini tidak melibatkan sebarang data atau sampel kajian. Hasil kajian menjelaskan lima tahap keperluan yang dikemukakan oleh teori Maslow mempunyai perkaitannya dengan kehidupan Muslim dalam mencapai kehidupan yang sempurna akan tetapi dasar kepada hierarki keperluan seorang Muslim perlu disandarkan kepada Allah SWT atau unsur ketuhanan. Dalam agama Islam lima tahap yang perlu dilalui oleh seorang Muslim adalah lima tahap dalam maqasid syariah yang bertepatan dengan konsep kehidupan Muslim yang terbina atas prinsip akidah, akhlak dan syariah.ABSTRACT
      Maslow’s theory influences various aspects of human life in terms of philosophy, religion, psychology and education. Maslow’s theory suggests five levels of human’s needs that must be fulfill by humans to reach a perfection of life. However, this theory has the disadvantage about divinity which is the most important element in Muslim’s life. Therefore, this paper aims to discuss Maslow’s theory and its relations to the lives of Muslims. This study is a qualitative study using document analysis methods and this study did not involve any data or samples. The findings from this study stated that the five levels of human’s needs proposed by Maslow’s theory related to Muslim life in achieving a perfect life but the basic of Muslim’s hierarchy needs is Allah SWT or divinity element. In Islam, five levels that need to be traversed by a Muslim is five levels in maqasid syariah which is coincides with the concept of Muslim life. The concept of Muslim life is built on the principle of faith, morals and syariah (Islamic laws).
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • الدور الإعلامي المعرفي والقضية
           الفلسطينية (The Role of Mass Media Knowledge in the Palestinian
           Issue )

    • Authors: Abdallah Mahmoud Adway
      Pages: 287 - 308
      Abstract: ABSTRACTMass Media is an important source of knowledge received in the present era. It has a great power of effect and change the local, regional and global public opinion. It also the weapon has a role in the process of change in contemporary and conquest of baitul Maqdis. The study discusses the topic of bad image and the role of media massa in changing local and international opinion toward the Palestinian issue in preparation for freeing Baitul Maqdis. The study aims to discuss the role of media in the presentation of contemporary knowledge about Palestinian issue. The importance of the role in the creation of the world public opinion to achieve Israel according the Quranic. The study also revealed thaht, there are related to the Palestinian issue and the role of mass media about disadvantages of Israel in a language other than Arabic.ABSTRAKMedia massa merupakan sumber penting ilmu yang diterima dalam era ini. Ia mempunyai kuasa yang besar untuk mempengaruhi dan mengubah pandangan masyrakat tempatan, serantau dan global. Is juga adalah senjata yang mempunyai peranan dalam proses perubahan kontemporari dan isu pembebasan Baitul Maqdis. Kajian ini membincangkan topik gamabaran buruk dan peranan media massadalam mengubah pendapat umum tempatan dan antarabangsa ke arah isu palestin sebagai persediaan untuk membebaskan Baitul Maqdis. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan peranan media dalam penyampaian pengetahuan kontrmporsri tentang isu Palestin. Kepentingan peranan ini dalam membina pendapat awam untuk menggambarkan keburukan Israel menurut Quran.Kajian ini juga berkaitan dengan isu Palestin dan kekurangan peranan media massa tentang keburukan  Israel dalam bahasa selain Bahasa Arab.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • PEMIKIRAN PASCA ISLAMISME DALAM KONTEKS GERAKAN ISLAM DI MALAYSIA
           (Post-Islamism in the Context of Islamic Movement in Malaysia)

    • Authors: Wan Ahmad Fahmi Wan Muda
      Pages: 309 - 319
      Abstract: ABSTRAK
      Pasca Islamisme merupakan trend baharu yang timbul dalam gerak kerja politik Islam. Kemunculan pasca Islamisme selari dengan tuntutan memenuhi kehendak demokrasi. Justeru, kebanyakan gerakan Islam seluruh dunia mulai berbeza tafsiran terhadap konsep negara Islam, isu pelaksanaan undang-undang Islam dan kerjasama antara orang bukan Islam. Perkembangan trend ini melahirkan golongan Islamis yang mulai berpendirian menyokong pendekatan pasca Islamisme dalam arena politik Islam termasuk dalam kalangan gerakan Islam di negara ini. Objektif kajian ini menganalisis unsur-unsur pemikiran pasca Islamisme dalam gerakan Islam di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Kaedah pengumpulan data menggunakan metode analisis dokumen terhadap jurnal, artikel, tesis, buku dan karya sarjana yang membicarakan tentang pasca Islamisme dan perkembangan gerakan Islam seluruh dunia. Manakala, analisis data menggunakan metode deskriptif dan metode sejarah menerusi analisis kandungan. Dapatan kajian merumuskan bahawa bukan sahaja gerakan Islam di Timur Tengah dan Asia Barat menerima pemikiran pasca Islamisme, tetapi gerakan-gerakan Islam di Malaysia juga turut terkesan dengan perkembangan pasca Islamisme.ABSTRACT
      Post-Islamism is a new trend that emerged in the work of political Islam after the emergence of Islamism in line with the demands of the democracy requirements. Thus, most of the Islamic movements worldwide give different interpretations of the concept of the Islamic state, the issue of implementing Islamic law and cooperation between the non-Muslims. The development of this trend began to produce the Islamists who support opinionated approach to post-Islamism in political Islam, including among Islamic movements in the country. The objective of this study is to analyze the elements of post-Islamism thought in the Islamic movement in Malaysia. This study is qualitative. The method of collecting data using document analysis from journals, articles, theses, books and works of scholars who talk about the development of post-Islamism and the Islamist movement worldwide. Meanwhile, data analysis using descriptive and historical approach through content analysis. The study concluded that not only Islamic movements in the Middle East and West Asia receive thinking post-Islamism, but Islamic movements in Malaysia was also impressed with the development of post-Islamism.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • SAINS DALAM KERANGKA ISLAM: PERSPEKTIF AMALAN SAINTIS MUSLIM SILAM
           (Science in the Islamic Framework: Perspective on Practice of Previous
           Muslim Scientists)

    • Authors: Alias Azhar
      Pages: 321 - 335
      Abstract: ABSTRAK
      Al-Quran dan al-Sunnah merupakan penggerak dan pencetus serta pendorong terawal umat Islam agar memperkembangkan ilmu budaya Islam dalam pelbagai bidang. Ia juga berperanan dalam memotivasikan umat Islam agar berusaha meneroka dan membongkar pelbagai lapangan keilmuan yang merangkumi ilmu berteraskan akal, sains tabii dan sains berbentuk teknikal yang pada peringkat awal perkembangannya. Perkembangan pesat ketamadunan Islam terbukti telah menyaingi tamadun-tamadun lain yang terdahulu. Di sini penulis menggunakan kaedah analisis kandungan yang meneliti kerangka epistemologi sains dalam Islam. Selain itu, kaedah pensejarahan dan perbandingan yang meneliti asal usul ilmu sains Islam serta perkaitannya. Melalui kaedah penelitian sosiologi yang digunakan, penulis meneliti latar belakang masyarakat yang mempengaruhi perkembangan ilmu sains Islam. Keunikan sains Islam terletak pada sumber primer ilmunya dan penggunaan pelbagai kaedah saintifik yang telah mencorakkan bentuk dan ciri utama sifatnya. Sains Islam adalah bersifat mencari matlamat yang subjektif di dalam rangka kerja yang objektif. Matlamat sains Islam termasuklah juga mencari keredhaan Allah, mementingkan kemaslahatan ummah dan mengutamakan nilai-nilai Islam yang syumul serta adil. Keunggulan sains Islam terhasil daripada kekuatan dalaman saintis Muslim yang menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber ilmu utama dan kegiatan intelektual mereka yang dinamis dan kreatif serta berintegriti tinggi.ABSTRACT
      Al-Quran and al-Sunnah are the movers and initiators and drivers of the earliest Muslims to develop the knowledge of Islamic culture in various fields. It also plays a role in motivating Muslims to strive to explore and unravel the various sciences that includes science-based understanding of science and science-shaped habits at an early stage of technical development. The rapid development of the Islamic civilization has been proven to rival other civilizations before. The author uses the method of content analysis that examines the epistemological framework of science in Islam. In addition, historical and comparative methods that examine the origins of Islamic science and its relevance. Through sociological research methods used, the author examines the background of the people who influenced the development of Islamic sciences. The uniqueness lies in Islamic science is primary sources of knowledge and the use of various scientific methods that have shaped the form and nature of the main features. Islamic science is search for a subjective goal in the objective framework. The goal of Islamic Science also which includes seek the pleasure of Allah, seeking the benefit of the nation and give priority to the values of Islam which is holistic and fair. Islamic science excellence resulting from inner strength of Muslim scientist because they makes al-Quran and al-Sunnah as the primary source of knowledge and their intellectual activity are dynamic and creative and high integrity.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • PERNIAGAAN MUHAMMAD SAW ERA SETELAH KENABIAN: SEBUAH TAMADUN BAHARU
           (Muhammad (Pbuh) Commerce After Prophethood: A New Civilization)

    • Authors: Suwandi Suwandi, Muhammad Hakimi Mohd Shafiai, Wan Nasyrudin Wan Abdullah
      Pages: 337 - 351
      Abstract: ABSTRAK
      Perniagaan Nabi Muhammad SAW berlaku sebelum beliau dilantik menjadi Nabi, adapun setelah menerima wahyu (al-Quran) Baginda tidak lagi memiliki kesempatan untuk melakukan aktiviti perniagaan. Sebagai seorang nabi dan juga bekas peniaga berjaya, Muhammad SAW sentiasa menyokong serta mengajarkan cara berniaga yang baik sesuai syariah kepada para sahabat. Perniagaan yang dijalankan sesuai dengan arahan Baginda telah membawa para sahabat dan juga umat Islam ketika itu ke arah kejayaan perniagaan, malahan tidak hanya membawa keuntungan bagi peniaga sahaja tetapi juga terbukti membawa umat Islam kepada suatu perekonomian yang maju (economic civil society). Apakah sebenarnya yang diajarkan oleh Muhammad SAW sehingga menyebabkan umat Islam memperoleh kejayaan dalam perniagaan dan juga kemajuan ekonomi ketika itu' Di atas maksud tersebut kajian kualitatif ini dijalankan dan untuk memperoleh hasil kajian yang signifikan maka kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan, pensejarahan dan kaedah tafsir. Hasil kajian merumuskan bahawa Baginda mengajarkan perniagaan sesuai dengan al-Quran dan al-Hadis. Antara asas-asas perniagaan berasaskan al-Quran dan al-Hadis ialah asas tauhid, asas kejujuran, asas keadilan sosial, asas kebebasan, asas tanggungjawab, asas keseimbangan, asas kebenaran dan asas tolong-menolong. Prinsip-prinsip asas perniagaan sedemikian sebenarnya sesuai untuk diamalkan oleh peniaga Islam kontemporeri bagi menonjolkan nilai-nilai Islam dalam perniagaan masa kini.ABSTRACT
      Muhammad (PBUH) was develop a business before the prophecy, while after revelation he was no longer conducts a business activities. But, as a prophet and the former of success pioneer of business He guides all of business doing by Sahabah with based on syariah pillars (al-Quran and al-Hadith). This guide has brought the successfully of business not only among Muslim community but also produce another benefit in the building of common economic community. What has been taught by Muhammad PBUH, causing Muslims gained commercial success and economic progress when it', Thus, this qualitative research by using a literature, historical and exegesis approach find out the principles of business based on sharia. The results of the study stated that the principles of Islamic Business should be based on tawhid, honesty, social justice, freedom, responsibility, balance, truth and the mutual help. These principles are accordance to solve the problem of contemporary business. Muslim community also could realize these principles in the daily of life in order to highlight the principle of sharia business.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • UNSUR-UNSUR ALAM DALAM PENDIDIKAN AKHLAK MASYARAKAT MELAYU MENERUSI
           BEBERAPA KARYA RAJA ALI HAJI (Elements of Nature in the Moral Education of
           Malay Society Based on the Works of Raja Ali Haji)

    • Authors: Akmaliza Abdullah, Abdul Latif Samian
      Pages: 353 - 365
      Abstract: ABSTRAK
      Makalah ini membincangkan mengenai peranan alam dalam menzahirkan pendidikan akhlak dalam masyarakat Melayu. Penelitian dan penaakulan akal terhadap unsurunsur alam yang berada di sekeliling diterjemahkan melalui bahasa sebagai wahana untuk memperolehi ilmu yang benar dan mencapai keelokan akhlak serta budi pekerti. Pendekatan analisis kandungan diguna pakai bagi meneliti beberapa karya Raja Ali Haji (1808-1872), seorang pujangga agung kelahiran Riau yang terdidik dalam sistem tradisi ilmu Islam. Hasil kajian mendapati dalam masyarakat Melayu Nusantara, alam bukan sekadar dianggap sebagai tercipta untuk kesenangan hidup manusia malah ia turut berperanan untuk menjelmakan ketinggian akhlak yang bertunjang kepada pandangan semesta Islam.ABSTRACT
      The article discusses the role of nature in manifesting the moral education in Malay society. The observation and contemplation of their minds on the elements of nature has been translated in the form of language as a medium to gain a true knowledge and attain good moral conduct. The method of content analysis has been employed in order to study a few of Raja Ali’s (1808-1872) works, who is renowned as a great Malay scholar born in Riau and trained in a traditional system of Islamic intelletuals. The findings showed that in the Malay World, nature is not merely created for the comfort of human life but it is also functioned as a mechanism to manifest the high moral standards which is based on the Islamic worldview.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
  • منهج السلفية المعاصرين في العقيدة
           (Contemporary Salafi Method in 'Aqidah)

    • Authors: Mohammed 'Abdulhameed Sleibi, Abdull Rahman Mahmood, Indriaty Ismail, Zul'azmi Yaakob
      Pages: 367 - 393
      Abstract: ABSTRACTSalafi has emerged as a new school of thought in the modern era. They are alleged to be propagating the Muslims of returning to the belief of the so-called salaf al-salih (the pious of the past) from the Prophet’s Companions and their successors in the matter of `aqidah using method that claimed to be true compared to methods used by other Islam’s school of thoughts. However, their claim for the use of such method has been objected by the ulama of Ahl Sunnah wa al-Jamaah. As the method used by this group in understanding the teachings of Islam has negative impact on the Muslim society, an objective study in recognising the method of this new school of thought is needed in warranting the extent of its compatibility with the method of the Salaf ulama. Hence, this study will employ deductive method in assembling ideas and statements made by contemporary Salafi ulama. These ideas will be analysed critically and then compared to the ulama Ahl Sunnah wa al-Jamaah’s views. The result of the study shows that the Salafi method has its root from the 3rd Hijrah school of thought. It also shows that the method is in contrast with the method of the Ahl Sunnah wa al-Jamaah as explicated by the Muslim ulama. The dissemination of this school of thought among the Muslim society has raised distorted understanding and conflict among Muslim youth especially with regard to furu` (the branch of religion) issues related to discourse in `aqidah.ABSTRAKSalafi telah muncul sebagai pemikiran baru dalam era moden. Mereka dikatakan menyeru umat Islam agar kembali kepada kepercayaan salaf al-salih. Seperti yang diajar oleh Nabi dan para sahabat baginda terutama dalam isu aqidah. Mereka mendakwa bahawa kaedah mereka adalah lebih tepat berbanding dengan kaedah daripada disiplin pemikiranyang lain. Walau bagaimanapun, tuntutan mereka untuk menggunakan kaedah tersebut telah dibantah oleh ulama Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Kaedah yang digunakan oleh kumpulan ini dalam memahami ajaran tersebut memberi kesan negatif terhadap masyarakat Islam. Objektif kajian ini adalah untuk mengenali disiplin pemikiran baru dan melihat sejauh mana keserasiannya dengan kaedah ulama Salaf . Oleh itu, kajian ini akan menggunakan kaedah deduktif dalam penyusunan idea yang dibuat oleh ulama Salafi kontemporari. Idea-idea ini akan dianalisis dengan kritikal dan dibandingkan dengan pandangan ulama Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah Salafi mempunyai kesinambungan daripada disiplin pemikiran kurun ke-3 hijrah. Kaedah ini berbeza dengan kaedah Ahl Sunnah wa al-Jamaah seperti yang dijelaskan oleh ulama Islam. Penyebaran pemikiran ini dikalangan masyarakat muslim telah menimbulkan pelbagai kefahaman dan konflik dalam kalangan umat muslim terutamanya berkaitan dengan furu` hal-hal yang berkaitan dengan aqidah.
      PubDate: 2017-11-20
      Issue No: Vol. 9, No. 2 (2017)
       
 
 
JournalTOCs
School of Mathematical and Computer Sciences
Heriot-Watt University
Edinburgh, EH14 4AS, UK
Email: journaltocs@hw.ac.uk
Tel: +00 44 (0)131 4513762
Fax: +00 44 (0)131 4513327
 
Home (Search)
Subjects A-Z
Publishers A-Z
Customise
APIs
Your IP address: 3.80.177.176
 
About JournalTOCs
API
Help
News (blog, publications)
JournalTOCs on Twitter   JournalTOCs on Facebook

JournalTOCs © 2009-